E-Penyata Gaji & Laporan

Sila Klik dibawah untuk mengakses E-Penyata Gaji / Laman Utama Portal JANM

E-Penyata Gaji & Laporan : Sekarang sistem e-penyata semakin canggih pada hari ini, sistem ini terbuka kepada kakitangan kerajaan seperti jabatan pendidikan, jabatan kesihatan, jabatan akauntan dan lain-lain. Tujuannya mengakses sistem e-penyata untuk senang kita semakan gaji bulanan.

Hari ini kami ingin kongsikan cara mengguna Sistem e-penyata gaji & Laporan yang daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Zaman sudah berubah sekarang, teknologi makin hari makin canggih. sekarang slip gaji yang seperti di gambar bawah, makin hari makin orang terlupa sudah bentuk slip gaji lama.

Bermulai sekarang sistem e-penyata gaji yang dari Jabatan Akauntan Negara ANM dipertingkatkan. Sistem e-penyata gaji online ini membantu pengguna kakitangan kerajaan untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dengan serta merta pada tiap-tiap bulanan yang tepat masa. Sistem ini dilaksanakan pada tahun 2010.

Sangat senang bermulai sekarang untuk sesiapa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan hanya perlu daftar masuk ke e-penyata sahaja untuk dapatkan maklumat penyata gaji bulanan atau print penyata gaji masing-masing.

Screen daftar masuk ke e-penyata gaji anda seperti gambar dibawah berikut:

Cara daftar masuk ke dalam sistem e-penyata senang sahaja, hanya perlu keyin masukkan No.Kad Pengenalan dan Kata laluan anda lepas itu sila klik butang “Daftar Masuk”.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna sistem e-penyata gaji & Laporan ini, anda boleh mendaftar sekarang dengan tunjuk ajar dari sini.

  • Sila Klik “Pertama Kali Mendaftar”

Screen “Pendaftaran Pengguna Baru” seperti berikut:

keyin untuk masukkan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang diminta dan selepas siap mengisi sila tekan butang “OK”.

Jika No.Gaji dan No.Kad Pengenalan yang anda keyin masukkan adalah sah dalam sistem, pendaftaran anda akan berjaya didaftar masuk sistem e-penyata.